Oleh : Ummu Handzolahhttp://www.ummuuwaishandzolah.blogspot.com/
Bismillah..
Apa itu khurafat dalam perubatan? Ini berkisar tentang kaedah perubatan dan pengamalan. Satu pengalaman yang agak membuatkan saya serik dengan perubatan moden adalah pengalaman ketika mengandungkan anak pertama. Muhammad Uwais Handzolah.
Ketika kandungan telah melewati 3 bulan. Kata doktor ada jangkitan kuman dalam air kencing masalah yang kerap berlaku kepada ibu mengandung. Ubat yang paling baik kata doktor adalah buah nenas. Hm satu cadangan yang aku suka kerana buah bersifat alamiah. Cuma masalah nya di mesir buah nenas tak lah sebanyak di malaysia.
So, dr telah mencadangkan aku untuk minum air bergas Fayrouz..Kata doktor air ini kurang gas dan byk perasa buah. Memang betul, dan aku mengikut kata doktor. Tapi yg menyedihkan bila aku teliti syarikat Fayrouz adalah salah satu diantara pengeluar arak. Sungguh sedih sebab aku hadiahkan sikecil pada minuman yg syubhah. Perlukah aku menyalahkan doktor yang baik hatinya umpama seorang ibu. TIDAK . Bukan doktor itu yang salah. Tapi aku sendiri sbb kurang penelitian dan doktor pula pakai anggaran..Hm..mmg cukup khurafat kan?..Minuman itu cukup segar di kalangan anak2 muda dan penduduk tempatan mesir..Ya Allah begitu mudah kita ditipu dan tertipu dengan perangkap YAHUDI LAKNATULLAH !

So.. Untuk para doktor dan bakal doktor HPA, perbanyakkan lagi pengkajian dan thaqafah jangan menerima semua perkara yang anda pelajar sebagai BENAR dan TULEN. buat pengkajian yang lebih teliti dan mendalam dan selarikan dengan apa yang di tuntut al-quran dan assunnah.
Kita telah lama terpengaruh dan terpedaya dengan pengubatan MODEN yang telah banyak di khurafatkan oleh YAHUDI. Untuk apa dan kenapa ?
Di mesir sahaja ada berjuta jenis ubat untuk satu nama penyakit. Tanpa had dan batasan, dan pharmacy bebas menjual ubatan tanpa sempadan. Hm..macam interenet kan..Kalau untuk satu sakit anda jumpa tiga org doktor yang berbeza anda akan perolehi tiga jenis ubat yang berbeza. Berhati2 dengan ubat yang bakal anda makan baca prescription ubat sebelum menelannya.
PENGALAMAN
Bila sikecil ku handzolah mengalami masalah kembung perut, kami telah membawanya kepada doktor terlatih yang membuka ruang tambahan masa dirumahnya untuk jiran terdekat. Hanya dengan yuran sepuluh genih untuk sekali pemeriksaan. Doktor baik dan jujur orangnya. Pemeriksaan yang teliti dan baik sekali aku dilakukan pada sikecil ku. Isterinya turut hadir bersama ketika itu. Mungkin isterinya seorang jururawat , teka hatiku. Tapi tak tertanya. Beliau menerangkan padaku sikecil perlu memakai baju lapis dada dan sehelai baju luar. Walaupun musim itu musim panas. Katanya untuk melindungi dada sikecil. Aku ucapkan berbanyak terima kasih untuk beliau atas nasihat dan penerangannya, maklumlah ibu muda sepertiku memang perlukan tunjuk ajar.
Doktor mencadangkan kepada kami sejenis ubat minum untuk meredakan kembung perut sikecil handzolah. Hari itu juga kami ke bawabah 3 dan beli ubat yang telah doktor cadangkan. Balik rumah aje, aku excited suapkan sikecil mudah-mudahan malam ni sikecil tak meragam lagi, dan dapat tidur lena. Lepas suapkan sikecil, sambil tidurkan dia ku teliti prescription ubat tu. Ya ALLAH...ada tulisan ALCOHOL..apa ni..dengan rasa sakit hati kucampak berdentum ubat tu dalam bakul sampah. Kenapa mesti aku suapkan sikecil ni dengan alcohol lagi. Ya Allah aku benar-benar kesal. Ya Allah ampunkanlah diriku.

PERAWATAN YANG SEBENAR
Aku temui perawatan yang paling baik untuk sikecil yang kembung. Kita tidak perlu ke klinik, jika ke klinik hanya untuk memastikan permasalahan sebenar sikecil. Bagilah sikecil satu sudu kecil madu bersama setitik habbatussauda' pasti dapat melegakan segala masalah kembungnya insyaallah. Inilah yang telah diajarkan oleh Rasulullah saw. dalam kitab tibb nabawi. Cukup sekali aku buat silap aku tidak mahu silap yang berulang.
Kini kami sekeluarga terjun bersama-sama dalam dunia herba bersama HPA (Herba Penawar Al-Wahida) milik umat Islam yang di pimpin oleh Tuan Haji Ismail. Mudah-mudahan perjuangan kami akan diredhai Allah atas jalan ini ..InsyaALLAH
ameen..ya rabbal a'lameen..