Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah kerana dengan izin-Nya dapat juga KHK menganjurkan dan menjayakan KURSUS PERUBATAN JAWI 2011 pada 26 dan 27 September 2011 yang lalu. Tahniah diucapkan kepada para peserta KPJ 2011, semoga ilmu yang dipelajari dapat diamalkan dan disebarkan kepada sahabat-sahabat anda.
Tidak lupa juga kepada para AJK program yang bertungkus-lumus menjayakan KPJ 2011, semoga susah payah anda menjadi saham di akhirat kelak, insyaAllah. Kepada penceramah KPJ 2011, Herbalis HPA Ustaz Abdul Hadi Bin Mohd Isa, setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kerana sudi meluangkan masa dan berkongsi ilmu dengan warga penuntut ilmu di Mesir ini, syukran ya ustaz.

Pada majlis penutup KPJ 2011, satu acara penting telah berlangsung iaitu pelancaran "KELAB PENYOKONG KHK" (KPK). Pelancaran KPK telah disempurnakan oleh Ustaz Abdul Hadi sendiri. Sekitar 150 borang KPK telah diterima pada hari pelancaran tersebut.
KPK merupakan satu kelab yang ditubuhkan dengan dua objektif utama iaitu;
1) Mengetahui individu yang berminat dan bersama-sama KHK dalam menjayakan misi-misi KHK.
2) Mengenalpasti individu yang sedia dan sanggup menawarkan diri untuk membantu KHK dalam merealisasikan misi-misi KHK.
Setakat ini KPK diketuai oleh Pengarah Eksekutif KHK sendiri. Penubuhan kelab ini adalah sangat bersesuaian dengan struktur dan sistem organisasi yang digunakan oleh KHK iaitu tiada keahlian berbayar atau mesyuarat agung tahunan. Semoga dengan wujudnya KPK, KHK dapat meluaskan lagi penyebaran mesej perjuangan HPA di bumi Mesir ini, insyaAllah.