KOMUNITI HPA KAHERAH (KHK)
SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI KOMUNITI HPA KAHERAH (KHK). "EKONOMI TERJANA, JASMANI TERPELIHARA"
MAKLUMAN TERKINI
> JAWATAN KOSONG, KHIDMAT DIPERLUKAN. JIKA BERMINAT, RUJUK PAUTAN BERIKUT, LINK.
> KEPADA MANA-MANA PESERTA KURSUS BEKAM DAN IRIDOLOGI 2010 YANG BELUM MENUNTUT SIJIL PENYERTAAN, ANDA BOLEHLAH MELAKUKAN DEMIKIAN MULAI SEKARANG, SILA RUJUK PAUTAN INI, LINK.
> KEPADA MANA-MANA PESERTA KURSUS BEKAM DAN IRIDOLOGI 2010 YANG BELUM MENUNTUT SIJIL PENYERTAAN, ANDA BOLEHLAH MELAKUKAN DEMIKIAN MULAI SEKARANG, SILA RUJUK PAUTAN INI, LINK.
SENARAI PESERTA KELAS ASAS BEKAM 25 NOVEMBER 2011
Kepada mereka yang telah menghantar maklumat untuk pendaftaran Kelas Asas Bekam pada 25 November ini, anda bolehlah menyemak nama anda di sini.
1. Amiratun Zakiah bt Yaakub |
2. Nuraswanie Aswat Binti Hj Abidin |
3. Nurul Huda Ahmad Jalaluddin |
4. PUTRI ZAINAB MEGAT AZAMUDDIN |
5. Nurul Jannah Binti Zakaria |
6. SITI ZUBAIDAH KAMARUDIN |
7. KHAIRUL BARIYAH BINTI ABD LATIB |
8. SAKINAH BINTI MOHD ITHNIN |
9. NUR SYAHIRA BINTI ABD RAZAK |
10. HAFIZAH BINTI SALLEH |
11. Ahmad Firdaus bin Mat Hussin |
12. Alliah Hanum Mohd Yusoff |
13. Aminah Bee Binti Shaul Hamid |
14. Siti Aminah Binti Samsudin |
15. Siti Muslihah Binti Anuar |
16. Adibah Izzaty Azit |
17. Siti Aishah binti Mohamad Ariffin |
18. Mardhatinajwa bt Abdullah |
19. Aisyah Nuraini Md Noor |
20. Nurul Amira Binti Mohamed |
21. Siti fatimah Binti Samsudin Bin Abu |
22. Liyana Binti ghazali |
23. Nur Hidayah Binti Abdul Razak |
24. Nor Hidayah Binti Ghazali |
25. Zahidah Izzati Binti Mohd Johari |
26. Nur Syafiqah Binti M. Ashhuri |
27. Muhammad Fadhil Bin Dzuki |
28. Mohd Aiman Syamin Bin Yusoff |
29. Muhammad Bin Ghazali Othman Taufik |
30. Nur Fathiah Binti As'ari |
31. WIDATUL 'ADILAH BT HASSAN DIN |
32. BANAN SYAHIDAH BT YAAKUB |
33. Syairah Bt Hj Salim |
34. Dyg Siti Katizah Bt Hj Awg Rasit |
35. Habib Mustakim Bin Ibrahim |
36. Fahrul Razi Bin Abdul Razak |
37. Muhammad Fadhli Bin Noor Suria |
38. Muhammad Ikmal Bin Mohamad Kamil |
39. Muhamad Rafiqi Bin Hehsan |
40. Hilman Bin Hj Salim |
41. Abdul Rahman Bin Hj Ajak |
42. Nik Mohammad Azahari Bin Nik Salleh |
43. Muhammad Iqbal Bin Muhammad Rawi |
44. Muhammad Busyoiri Bin Nor Rodin |
45. Farhat Zuhairi Bin Kamsani |
46. Dhiyauddin Athir Bin Nadzari |
47. Mior Abdul Maheer Bin Mior Muhammad |
48. Meor Muhammad Azim Bin Meor Aznam |
49. Syahidul Ammar bin Said |
50. Mohd Hisham bin Abu Bakar |
51. Muhd Iqbal bin Samsudin |
52. Ahmad Solihin b Zainol Abidin |
53. Farah bt Ahmad
54. Siti Norhidayah bt Safiai
55. Fathul Ehsan
56. Ahmad Aiman b Ahmad Khusairi
57. Muhamad Norhisyam b Hazeman
58. Ain Zubaidah Binti Mohd Suhaimi
59. Nasuha bt Idris
60. Norashikin Binti Jagi
61. Fatimah Nabilah Binti Baharuddin
62. Nur Sakinah bt Musa
58. Ain Zubaidah Binti Mohd Suhaimi
59. Nasuha bt Idris
60. Norashikin Binti Jagi
61. Fatimah Nabilah Binti Baharuddin
62. Nur Sakinah bt Musa
* Jika terdapat kesalahan pada ejaan, boleh diperbetulkan pada hari program. Kepada sesiapa yang namanya tiada, sedangkan dia telah menghantarkan maklumat pendaftaran dan tidak dimaklumkan bahawa tempat telah penuh, maka anda bolehlah memaklumkannya kepada nombor berikut;
0111-7650221
Jumpa di sana, insyaAllah...
.
Labels:
iklan
KELAS ASAS BEKAM 25 NOVEMBER 2011
Dengan sukacitanya KHK mengumumkan pembukaan pendaftaran Kelas Asas Bekam. Kepada sesiapa yang berminat, anda bolehlah terus mendaftar dengan segera kerana tempat adalah terhad.
Butiran program;
Tarikh : 25 November 2011 (Jumaat)
Tempat : Dewan Wisma Sultan Muhammad V (Rumah Kelantan 3)
Masa : 7.00 pagi - 4.00 petang
Yuran : LE 100, termasuk peralatan bekam, sijil dan makanan
Tarikh Tutup : 20 November 2011
Pembentang : Muhammad Nasiruddin bin Mohd Sobri
* Terhad untuk 50 orang peserta terawal.
Untuk pendaftaran, sila hantarkan
1. Nama Penuh
2. No. Kad Pengenalan
3. E-mel
kepada;
Khairullah Abdul Ghani : 0111 - 714 9765
Nurussakinah Roslan : 0111 - 913 2467
Tentatif Program
7.00 AM : Pendaftaran
8.00 AM : Pembentangan Teori Bekam (1)
10.00 AM : Rehat dan sarapan
10.15 AM : Pembentangan Teori Bekam (2)
.
Untuk pendaftaran, sila hantarkan
1. Nama Penuh
2. No. Kad Pengenalan
3. E-mel
kepada;
Khairullah Abdul Ghani : 0111 - 714 9765
Nurussakinah Roslan : 0111 - 913 2467
Tentatif Program
7.00 AM : Pendaftaran
8.00 AM : Pembentangan Teori Bekam (1)
10.00 AM : Rehat dan sarapan
10.15 AM : Pembentangan Teori Bekam (2)
11.30 AM : Solat Jumaat, rehat, makan tengahari
1.00 PM : Praktikal Bekam
2.30 PM : Solat Asar, rehat
3.00 PM : Sesi soal jawab, penyerahan sijil, penutup.
4.00 PM : Bersurai
*** SEMAKAN SENARAI NAMA PESERTA KELAS ASAS BEKAM, Link....
Labels:
iklan
REALITI PENYAKIT MASA KINI (3)
Artikel kali ini merupakan sambungan bagi artikel terdahulu, ia merupakan terjemahan artikel oleh Syeikh Nazim Al-Qubrusi Al-Haqqani yang bertajuk "PERAWATAN ALAMIYYAH". Beliau merupakan seorang ulama pakar Syariah dan juga menguasai ilmu Kejuruteraan Mekanikal dan Kimia. Semoga Allah merahmati beliau...
Jika anda ingin membaca siri 1 dan 2 sebelum membaca siri ketiga ini, rujuk pautan berikut;
Dengan autoriti yang saya ada, saya menasihatkan semua manusia agar mendengar kalam-kalam Tuhan. Jika mereka tidak mendengar dan tidak patuh, bala tersebut akan turun kepada mereka dan tidak akan ada rawatan serta ubat bagi mereka. Tidak akan ada kegembiraan dan rehat bagi tubuh, minda dan hati mereka.
Ini termasuklah juga supaya mendengar daripada Rasul yang dicintai-Nya, Sayyidina Muhammad, sejahtera ke atas Baginda. Allah Yang Maha Besar telah mengajarkan Baginda setiap jenis rawatan. Setiap penyakit telah diketahui dengan baik oleh Penutup Para Nabi dan Baginda telah diberikan ilmu dari 'langit' berkaitan ubatan dan rawatan bagi setiap penyakit.
Kami menasihatkan agar menggunakan beberapa rawatan ketuhanan ini, hanya ubatan yang mudah, ubatan alamiyyah, kerana tubuh kita adalah milik alam dan kesembuhannya hanya boleh datang melalui ubatan alamiyyah. Setiap benda yang direka oleh manusia yang muncul pada hari ini adalah melawan fitrah kemanusiaan. Oleh itu ia mesti dihentikan! Setiap ubatan yang direka dan sintetik adalah melawan fitrah struktur kita dan oleh itu ia mesti dihentikan. Ia membahayakan dan merosakkan struktur tubuh kita. Manusia abad ke-20 telah hilang kesabaran mereka. Manusia sudah tiada lagi kesabaran. Mereka inginkan rawatan yang cepat, dan rawatan dengan ubatan alamiyyah mengambil masa, tetapi manusia sudah tiada kesabaran, mereka inginkan agar kesakitan dan penderitaan mereka berakhir dengan cepat. Jadi mereka mahukan ubatan baru yang sintetik dan kuat, dan tidak penting bagi mereka sekiranya ubatan itu merosakkan tubuh mereka. Apa yang mereka fikir hanyalah untuk menghentikan kesakitan dan penderitaan dengan cepat.
Sebuah nasihat penting untuk orang yang sakit : "Supaya bersabar secukupnya untuk menggunakan ubatan alamiyyah". Ubat-ubatan alamiyyah ini telah digunakan selama berabad-abad sejak permulaan kehidupan di muka bumi. Kebanyakannya telah diajarkan kepada manusia melalui ilham, para Nabi dan para Rasul. Ia telah disempurnakan oleh penutup para Nabi, Sayyidina Muhammad, sejahtera ke atas Baginda.
Manusia juga mesti menjaga tubuhnya agar selamat. Melakukan perkara ini (menggunakan ubatan alamiyyah), adalah untuk mengelakkan setiap benda yang membahayakan tubuh kita. Setiap perkara yang membahayakan tubuh fizikal kita telah dinyatakan dalam risalah ilahiyyah, ilmu ilahiyyah, nasihat ilahiyyah dan rawatan ilahiyyah. Kamu mesti menjaga aturan-aturan ini dan mengelakkan daripada setiap perkara yang merosakkan dan membahayakan, yang telah ditulis dalam Kitab Suci dan yang telah dilarang oleh Allah Yang Maha Besar. Selagimana kamu melakukan bertentangan dengan perkara ini, kamu akan dihukum dan tiada rawatan.
Penyakit tidak pernah datang tanpa suatu sebab : sama ada ia sebagai satu hukuman untuk menjadikan orang itu taat, atau untuk menunjukkan rawatannya kepada orang lain. Dan oleh itu, sesiapa yang meminum arak mesti dihukum. Setiap minuman yang membahayakan tubuh adalah dilarang dan tidak patut diminum. Sesiapa yang bertentangan dengan ini dan berkata, "Oh, hanya sedikit sahaja...", akan dihukum (mendapat mudarat) sedikit. Jika seseorang itu meminum racun sedikit, ia akan menderita sedikit. Jika ia meminum lebih, ia akan menderita lebih. Ini adalah kerana perkara-perkara yang dilarang adalah racun kepada rohani dan jasmani.
Jika sesiapa merokok, ia mesti dihukum. Jika hanya sedikit, ia mesti dihukum sedikit. Jika terlalu banyak, hukumannya adalah sangat besar.
Jika seseorang itu memakan babi dan bangkai, itu akan membahayakan tubuhnya, ia mesti dihukum.
Jika seorang lelaki dan seorang perempuan melakukan perkara yang salah : sekali, dua kali, tiga kali, sesuatu perkara mungkin akan menyerang kedua-duanya dan mereka akan dihukum. Selagimana manusia meninggalkan semua perkara ini yang saya nyatakan (mendengar perintah Allah), mereka akan dihukum sama ada cepat atau lambat.
Pada zaman Nabi, kebanyakan manusia adalah jahil dan mereka melakukan segalanya. Kemudian Islam datang, mereka menerimanya dan telah disucikan dengan mematuhi perintah Tuhan. Dan oleh itu, sesiapa pada hari ini yang melakukan kesalahan dalam keadaan jahil dan kemudian berkata, "Aku berhenti daripada perkara ini, dan sekarang, wahai Tuhanku, aku mendengar dan patuh...", kemudian, penyakit itu boleh dihilangkan dengan kehendak Tuhan sekalipun tanpa menggunakan sebarang ubat. Itu adalah rawatan baginya dan perkara itu selesai. Apabila orang yang tidak beriman, "Kufr", diberi hukuman, setiap perkara lain yang buruk juga akan diberi hukuman.
Tetapi perlu diketahui dengan baik bahawa setiap perkara yang dilarang menyebabkan penyakit, penyakit yang tidak diketahui. Seperti pada masa ini penyakit-penyakit yang tidak diketahui datang kepada kita melalui orang yang homoseks, dan tiada ubat, tiada rawatan kerana ia melawan perintah agung daripada Tuhan segala langit. Sekiranya mereka mencari beberapa rawatan, penyakit lain yang tiada harapan akan muncul, kerana Yang Maha Pencipta mencipta terlalu banyak bakteria dan virus. Ia tidak berkesudahan...
Oleh itu, perlindungan yang pertama ialah dengan tidak meletakkan tubuh dalam bahaya. Sepertimana seseorang yang meletakkan tangannya di atas wayar elektrik juga akan merasai tindak balas yang menyakitkan. Ibu bapa kepada anak yang dilahirkan dengan penyakit adalah orang yang dihukum, bukan anak itu. Orang sebegini mudah dirawat. Mudah! Sekalipun air, sumber kehidupan, boleh memberi rawatan kepada mereka dan boleh menjadi ubat.
Allah menciptakan air sejuk dan air panas. Kamu boleh berendam dalam air sejuk atau dalam air panas atau dalam lumpur, dan tubuh kamu boleh jadi seperti diperbaharui semula. Kamu boleh minum sedikit air dan ia boleh membersihkan bahagian dalaman anda. Kamu boleh makan anggur dan ia boleh menjadi seperti ubat. Kamu boleh makan tembikai dan ia akan memberikan kamu kekuatan. Kamu boleh makan gandum dan ia akan memberikan kamu tenaga. Setiap benda yang kita gunakan sebagai penyeri atau sokongan, daripada Allah Yang Maha Besar akan menjadi tenaga dan ubat untuk kita. Dengan cara itu, tiada keperluan untuk mencari ubatan lain kerana Tuhan segala langit, Tuhan Bani Adam, telah menciptakan segalanya dan memberikan sebuah rawatan untuk setiap perkara. Tenaga kehidupan berada dalam makanan dan begitulah juga setiap makanan adalah ubat. Syaratnya hanyalah dengan menyebut, "Dengan nama Allah yang telah menciptakan ini untuk kesenangan dan kesihatan para hamba-Nya", apabila hendak makan atau minum. Gunakanlah segalanya dengan nama Allah dan ia akan menjadi ubat serta rawatan untuk kamu.
Hanya itulah tujuan Tuhan menciptakannya. Bukan untuk ditinggalkan oleh para hamba-Nya. Apabila kamu pergi kepada doktor-doktor penting atau pakar-pakar yang kemudiannya berkata, "Jangan makan ini, jangan sentuh itu, jangan gunakan itu...", itu bukanlah rawatan, ia adalah sebuah hukuman kerana kamu tidak menggunakannya dengan nama Tuhan yang telah menciptakannya. Dan oleh itu Allah menghalang kamu, dan sebagai hukuman, doktor itu akan memberitahu kamu, "Jangan makan gula, jangan makan buah-buahan, jangan makan daging, jangan sentuh mentega, jangan sentuh madu...".
Manusia mesti belajar untuk kembali dan menyatakan kerendahan diri mereka kepada Tuhan segala langit. Selagimana mereka tidak melakukannya, selagimana mereka tidak menyatakan kehambaan mereka, mereka akan dihukum dan tiada apa-apa yang akan memberikan mereka rawatan atau kesihatan, sekalipun mereka membunuh seluruh dunia dengan ubat-ubatan. Seluruh dunia ini boleh dipenuhkan dengan para doktor, ubat-ubatan dan para pakar, dan itu masih mustahil untuk memberikan manusia sebarang kesihatan, atau rehat, atau ketenangan, atau kepuasan, atau menghilangkan penderitaan dan kesengsaraan mereka. Perkara ini perlu diketahui dengan sebaik-baiknya.
Saya sampaikan perkara ini kepada semua manusia supaya mereka diberi amaran dengan amaran daripada 'langit'. Setiap perkara yang telah dinyatakan dalam risalah kecil ini disertakan dengan syarat ini. Saya mengharapkan rahmat yang tiada penghujugnya daripada Tuhan segala langit agar risalah ini berguna kepada manusia. Semoga Allah merahmati kita, dan menerima kelemahan kita, dan mengurniakan kepada kita rahmat-Nya yang tidak berkesudahan agar kita dapat menjadi orang yang beriman dan hamba-Nya yang baik.
Sheikh Nazim Al-Haqqani An-Naqshbandi- 1410H/1989M
KESIMPULAN:
1. Untuk mendapat kesihatan rohani dan jasmani, kita perlu mendengar perintah Allah dan Rasul-Nya, jika tidak, kita akan ditimpa bala dan penyakit yang tidak akan dapat dirawat oleh sesiapapun melainkan Allah.
2. Manusia sepatutnya menggunakan ubatan alamiyyah kerana ia bersesuaian dengan tubuh kita yang juga bersifat alamiyyah. Mereka yang menggunakan ubatan dadah sintetik adalah mereka yang tiada kesabaran kerana inginkan hilang rasa sakit dengan cepat, sedangkan dadah tersebut hanya merosakkan diri mereka.
3. Setiap perkara yang membahayakan jasmani dan rohani telah dinyatakan dalam Islam, sesiapa yang melanggarnya akan menerima hukuman sebagai balasan, kecuali mereka yang bertaubat dan kembali kepada Allah kerana Allah berkuasa menyembuhkan mereka sekalipun tanpa sebarang ubat.
4. Pelbagai bahan alamiyyah boleh menjadi sumber kekuatan dan rawatan untuk kita tanpa perlu bersusah payah.
5. Kita perlu membuktikan kehambaan kita kepada Allah dengan mematuhi segala perintah-Nya, jika tidak, kita akan ditimpa dengan pelbagai bala seperti penyakit yang ganjil dan tidak akan mampu diubati oleh sesiapapun sekalipun bumi ini penuh dengan para doktor dan ubatan.
Wallahu'alam...
Sumber : almomentum
Subscribe to:
Posts (Atom)




